Bekas pemain Pahang, Zubir Azmi, mula menyertai sesi latihan skuad Sabah di Stadium Likas, Kota Kinabalu, hari ini.

Bekas pertahanan kebangsaan berusia 28 tahun itu dipercayai sudah bersedia untuk menyarung jersi Tambadau bagi musim depan selepas berita mengenainya tular dalam media sosial sejak minggu lalu.

Bagaimanapun, belum ada pengumuman rasmi dibuat Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) setakat ini, namun ia dijangka dilakukan dalam tempoh terdekat ini.