Zidane tidak pasti James akan wakili Madrid lagi selepas ini

Oleh Muzaffar Musa 11 Julai 2020 224
Zidane tidak pasti James akan wakili Madrid lagi selepas ini
Zinedine Zidane tidak pasti sama ada James Rodriguez akan beraksi lagi buat Real Madrid atau tidak.

James, 28, sedang dikaitkan untuk meninggalkan Madrid dan tidak tersenarai ketika pasukan itu menewaskan Deportivo Alaves di Estadio Alfredo Di Stefano awal pagi tadi.

Ia merupakan perlawanan kedua berturut-turut pemain kebangsaan Colombia itu tiada dalam senarai pemain.

Ditanya sama ada James akan beraksi lagi buat Madrid, Zidane menjawab dalam sidang media: "Saya tidak tahu."

James tiba di Madrid daripada Monaco pada 2014 tetapi menghabiskan dua musim pertamanya dengan dimpinjamkan ke Bayern Munich.

Dia melakukan 14 penampilan musim ini dan menjaringkan satu gol.

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen