Zidane tidak buat sebarang perubahan kepada Real -- Mido

Oleh Ammar Hakim 5 April 2020 65
Zidane tidak buat sebarang perubahan kepada Real -- Mido
Bekas penyerang Tottenham, Mido, percaya Zinedine Zidane tidak melakukan sebarang perubahan kepada Real Madrid selepas kembali mengendalikan pasukan.

Zidane kembali memimpin gergasi LaLiga itu Mac tahun lalu, selepas memenangi tiga gelaran Liga Juara-Juara (UCL).

Mido, yang beraksi untuk Spurs, Ajax dan Mesir sepanjang kariernya, mengkritik Zidane yang kembali buat kali kedua bersama Real, menyifatkan ia sebagai satu kesilapan buat pengendali kelahiran Perancis itu kembali ke Sepanyol.

"Saya benar-benar menggemari Real Madrid. Mereka adalah pasukan kegemaran saya dalam LaLiga," katanya.

"Pada pandangan saya, Zidane tidak melakukan sebarang perubahan kepada Real." 

Selepas memenangi Piala Super Sepanyol musim ini, Real di tangga kedua di belakang Barcelona dalam LaLiga dan telah melangkah ke pusingan 16 UCL sebelum saingan ditangguh ekoran pandemik koronavirus.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen