Real Madrid gembira dengan prestasi Achraf Hakimi sepanjang dipinjamkan kepada Borussia Dortmund," kata ketua jurulatih, Zinedine Zidane.

Achraf, 21, dipinjamkan selama dua tahun pada 2018 dan pertahanan sayap itu menjadi tumpuan selepas mempamerkan aksi menakjubkan bersama pasukan Bundesliga berkenaan.

Pemain kebangsaan Maghribi itu akan kembali ke Madrid pada pnghujung musim ini, namun turut dikaitkan dengan perpindahan ke Bayern Munich.

Zidane bekata dia gembira dengan apa yang dipamerkan Achraf -- yang melakukan 17 penampilan bersama Madrid sebelum tempoh pinjaman itu -- sepanjang bersama Dortmund.

"Kami tahu dia akan menyinar musim ini dan saya amat gembira dengannya. Kerana pada akhirnya, dia perlu turun beraksi dalam banyak perlawanan dan itulah yang sedang dilakukannya," kata Zidane dalam sidang media.

"Saya fikir ia sudah cukup untuk kami di sini (Madrid) dan buat mereka di sana (Dortmund).

"Kami amat gemira dengan Hakimi," katanya.

Achraf menjaringkan sembilan gol selain melakukan 10 bantuan jaringan daripada 44 perlawanan bersama Dortmund musim ini.