Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Windsor Paul, mengakui pindaan besar- besaran bakal berlaku dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia-Piala Asia.

"Kami terdapat empat perlawanan yang harus dihabiskan, dua daripada bulan ini dan dua lagi pada bulan Jun. Jika ia tidak diselesaikan, kami harus menyelesaikan pada September dan Oktober," kata Windsor.

Tiga perlawanan membabitkan dua aksi bulan ini dan satu saingan pertengahan tahun ini yang telah ditunda bakal dimainkan pada September dan Oktober mengikut kepada kalendar yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Walaupun belum ada sebarang tarikh rasmi, AFC menegaskan kesemua aksi kelayakan pusingan kedua peringkat kumpulan melibatkan enam perlawanan perlu dihabiskan sebelum April 2022.

Keputusan 12 pasukan Asia yang layak ke Piala Dunia 2022 perlu diketahui sebelum undian pusingan ketiga 1 April 2022 -- menjadikan keadaan begitu suntuk buat AFC ketika ini.

"Undian akan dilakukan pada 1 April 2022 dan kesemua perlawanan harus diselesai sebelum tarikh tersebut," kata Windsor.

Ketika ini, AFC sedang membuat perbincangan dengan pasukan negara Asia dalam tempoh tiga hari bermula Jumaat, sebelum mengumumkan penjadualan baru secara rasmi Isnin depan.