Werner samai rekod jaringan selama 21 tahun Bundesliga

Oleh Muzaffar Musa 25 Mei 2020 366
Werner samai rekod jaringan selama 21 tahun Bundesliga
Timo Werner menjadi pemain Bundesliga pertama menjaringkan dua hatrik ke atas lawan sama dalam satu musim sepanjang tempoh 21 tahun ini sewaktu melakukannya ke atas Mainz lewat malam tadi.

Bintang RB Leipzig itu, yang sedang hangat dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool, turut menjaringkan tiga gol ketika pasukannya menewaskan Mainz 8-0 pada November lalu dan mengulangi aksi sama ketika Leipzig meraih kemenangan 5-0 di Opel Arena malam tadi.

Pemain terakhir yang melakukan dua hatrik ke atas lawan sama dalam satu kempen Bundesliga ialah pemain Bayer Leverkusen, Ulf Kirsten, yang melakukannya ke atas Borussia Monchengladbach dalam musim 1998-99.

Werner, yang merupakan pemain kebangsaan Jerman, kini menjaringkan 24 gol dalam kempen Bundesliga musim ini -- rekod terbaik sepanjang kariernya.
 

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen