Vidal sah milik Inter

Oleh Shaiful Shamsudin 23 September 2020 123
Vidal sah milik Inter
Inter menyempurnakan perjanjian dengan pemain tengah, Arturo Vidal, daripada Barcelona, umum kelab Itali itu malam tadi. 

Pemain antarabangsa Chile itu -- yang pernah bekerjasama dengan pengurus Inter, Antonio Conte, di Juventus -- telah menghabiskan dua musim terakhir di Camp Nou.

Vidal tampil 43 kali memperkuatkan Barca musim lalu tetapi bukan pilihan untuk membarisi skuad utama pimpinan Blaugrana yang berwajah baru, Ronald Koeman, dan merupakan pemain tengah ketiga yang meninggalkan pasukan berkenaan jendela ini di samping Ivan Rakitic dan Arthur.

Inter mengesahkan berita itu di laman sesawang rasmi mereka yang dilaporkan telah membayar yuran sebanyak €1 juta (RM4.8j) selain bayaran bonus untuk pemain berusia 33 tahun itu.
 
Pemain tengah bersemangat tinggi itu, yang memasuki tahun terakhir kontraknya bersama Barca, sebelumnya pernah mewakili Colo-Colo, Bayer Leverkusen dan Bayern Munich.

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen