Marco Verratti mengakui Barcelona adalah sebuah pasukan yang "istimewa" selepas mengambil keputusan untuk kekal bersama gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) di samping menolak kehadiran Neymar mempengaruhi keputusannya.

Barca tidak berselindung dengan minat mereka mahu mendapatkan mendapatkan Verrati selepas pemain tengah kebangsaan Itali itu meluahkan hasratnya bersedia untuk meninggalkan PSG demi kejayaan menjulang Liga Juara-Juara (UCL).

Satu perpindahan yang tidak berjaya dimeterai oleh Barca, sebaliknya PSG mengaktifkan klausa perpindahan Neymar yang bernilai EURO222 juta (RM1.18 bilion), dan Verrati yang masih memiliki kontrak sehingga 2021 menjelaskan dia gembira untuk terus kekal bersama pasukan.

"Barcelona? Terdapat sesuatu yang istimewa tetapi perkara itu sudah berlalu," kata Verratti.

"Saya mengambil keputusan untuk terus kekal bersama pasukan. Adakah Neymar telah mengubah fikiran saya? Tidak sama sekali.

"Saya tidak tahu bahawa Neymar akan bersama kami."