Bekas pemain kebangsaan Belanda, Rafael van der Vaart, mendedahkan dia menolak peluang untuk menyertai Barcelona ketika berusia 16 tahun.

Bekas bintang Ajax itu dilihat sebagai antara pemain berbakat pada penghujung 90-an dan telah dilamar oleh kelab-kelab besar di seluruh benua Eropah.

Tetapi dia berasakan perpindahan pada awal kariernya merupakan keputusan yang salah dan mahu mencipta nama di Ajax terlebih dahulu.

"Barcelona mahu mendapatkan saya ketika berusia 16 tahun," kata Van der Vaart.

"Tetapi saya menolak tawaran itu kerana mahu mencipta nama di Ajax terlebih dahulu."

Ajax kehilangan ramai pemain muda sebelum mereka menyertai kesebelasan utama pasukan, antaranya Timothy Fosu-Mensah (Manchester United), Donyell Malen (Arsenal) dan Javairo Dilrosun (Manchester City) yang mengambil keputusan untuk meninggalkan Amsterdam, dan Van der Vaart menggesa pemain-pemain muda membuktikan kebolehan mereka dalam Eredivisie sebelum berhijrah.

"Ini nasihat saya kepada pemain-pemain muda di dalam saingan Eredivisie untuk membuktikan kemampuan mereka di Belanda sebelum berhijrah ke kelab lain."