Van de Beek: Saya belum belajar bahasa Sepanyol

Oleh Ammar Hakim 5 April 2020 17
Van de Beek: Saya belum belajar bahasa Sepanyol
Bintang Ajax, Donny van de Beek, menegaskan dia masih belum lagi belajar bahasa Sepanyol berikutan dia telah dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid.

Van de Beek, 22, telah dijangka akan berhijrah dari Amsterdam selepas menyerlah di Ajax.

Pemain tengah itu berkata terdapat beberapa aspek sebelum membuat perpindahan, tetapi menjelaskan dia masih lagi belum mengambil kelas bahasa Sepanyol.

"Perasaan saya terhadap kelab tersebut haruslah positif. Saya perlu sesuai dengan cara permainan pasukan tersebut," kata Van de Beek.

"Dan saya mahu mengetahui waktu permainan yang bakal diberikan kepada saya."

Dia berkata lagi: "Ia sentiasa perkara yang baik bermain pada waktu siang, tetapi saya masih lagi belum mengambil kelas bahasa Sepanyol lagi."

Van de Beek telah menjaringkan 10 gol dalam 37 perlawanan bersama Ajax musim ini sebelum saingan ditangguh ekoran pandemik koronavirus.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen