UNL: Shaqiri bebas COVID-19 berdepan Sepanyol 

Oleh Shaiful Shamsudin 10 Oktober 2020 91
UNL: Shaqiri bebas COVID-19 berdepan Sepanyol 
Xherdan Shaqiri telah diberi lampu hijau untuk beraksi bersama Switzerland dalam pertembungan Liga Negara-Negara Eropah (UNL) menentang Sepanyol di Madrid awal pagi esok selepas satu lagi ujian calitan COVID-19 ke atasnya didapati negatif. 

Pemain sayap Liverpool itu pada asalnya dijangka terlepas berdepan Sepanyol dan Jerman selepas didapati positif pandemik berkenaan apabila terlepas aksi kekalahan 1-2 kepada Croatia kelmarin.

Biarpun, selepas ujian saringan seterusnya didapati negatif dan dia diizinkan untuk ke Sepanyol, tahap kecergasannya masih belum jelas.

Persatuan Bola Sepak Switzerland mengesahkan Shaqiri kini bebas untuk beraksi.

Satu kenyataan yang dikeluarkan persatuan itu berbunyi: "Semalam pihak berkuasa kesihatan Sepanyol telah memberi lampu hijau kepada Xherdan Shaqiri untuk beraksi dalam kempen UNL pada Sabtu ini (awal pagi esok) membabitkan pertembungan di antara Sepanyol dan Switzerland di Madrid.

"Faktor penentunya adalah keputusan kedua ujian calitan COVID-19 ke atasnya.

"Selain Shaqiri, semua pemain dan kakitangan pasukan kebangsaan Switzerland juga diuji negatif di Madrid."

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen