UNL: Perancis tetap tagih bisa Mbappe 

Oleh Shaiful Shamsudin 16 November 2020 71
 UNL: Perancis tetap tagih bisa Mbappe 
Didier Deschamps mengesahkan Kylian Mbappe akan cergas  untuk pertembungan Perancis menentang Sweden memandangkan mereka sudah layak ke pusingan akhir Liga Negara-Negara (UNL).

Mbappe tersisih dalam kemenangan 1-0 ke atas Portugal di Lisbon, semalam, termasuk diketepikan dalam kekalahan kepada Finland bagi perlawanan pemanas badan kerana kecederaan hamstring.

Namun, tatkala Perancis sudah pun menempah tempat ke pusingan seterusnya, Mbappe sedia dipertaruhkan untuk menghadapi Sweden, awal pagi Rabu ini. 

"Dia akan diturunkan, dia berminat dan dia sudah bersiap sedia," katanya. 

Les Bleus telah beraksi dua daripada sembilan perlawanan UNL tanpa kelibat penggempur Paris Saint-Germain (PSG) itu dengan menghasilkan lima gol sementara dengannya, mereka hanya memenangi empat perlawanan menerusi tujuh gol -- purata satu gol setiap perlawanan.

Wira ketika membenam juara Euro 2016 itu, N'Golo Kante, menyumbat gol kemenangan pada minit ke-53 untuk juara dunia mengesahkan tempat teratas Kumpulan A3.


 


Deschamps gembira dengan persembahan anak buahnya sambil mengatakan mereka telah membuktikan bahawa mereka masih antara yang terbaik.

"Ini adalah salah satu perlawanan hebat yang kami tonjolkan. Kami boleh mengatakannya berdasarkan kualiti seteru kami," katanya.

"Ini membuktikan kualiti pasukan kebangsaan, kemampuan untuk bertindak balas dalam perlawanan getir dengan menguasai permainan.

"Ia adalah satu kebanggaan buat saya untuk melihat pemain beraksi seperti ini. Bukan mudah untuk sebilangan daripada melakukan persiapan.

"Kami perlu tampil kekuatan sebenar. Kami berjaya. Ini sangat memuaskan."

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen