UCL: PSG ambil risiko senarai Verratti 

Oleh Shaiful Shamsudin 9 Ogos 2020 159
 UCL: PSG ambil risiko senarai Verratti 
Marco Verratti terseranai dalam skuad Paris Saint-Germain (PSG) untuk kunjungan ke Lisbon bagi menghadapi suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) menentang Atalanta walaupun terdapat kebimbangan berterusan mengenai tahap kecergasannya.

Pemain antarabangsa Itali itu menanggung kecederaan betis ketika menjalani latihan dan terlepas kemenangan persahabatan 1-0 ke atas Sochaux, pertengahan minggu ini.

Pengurus PSG, Thomas Tuchel, mengakui dia gusar dengan "kecederaan serius" dan tonggak tengah itu dikhabarkan akan terlepas aksi di Portugal, Khamis ini. 

Laporan terbaru menunjukkan bahawa Verratti mungkin tidak dapat memainkan peranan dalam baki kejohanan itu walaupun PSG mara sekiranya menyingkirkan kelab Serie A berkenaan. 

Kylian Mbappe juga dinamakan dalam rombongan skuad itu menuju ke Faro biarpun penyerang tersebut mengalami kecederaan pergelangan kaki yang serius dalam kemenangan final Coupe de France ke atas Saint-Etienne, bulan lalu.
 
Pertengahan minggu ini, Tuchel mengakui tidak pasti apakah Mbappe akan diletakkan di bangku simpanan untuk bertemu Atalanta.

"Mengenai Mbappe, saya tidak pasti," katanya kepada beIN SPORTS Khamis lalu. 

"Dia bekerja keras, tetapi dia kesuntukan masa. Kami akan berjumpa dengan doktor pada hari ini untuk melihat sama ada dia boleh diletakkan di bangku simpanan ketika kami menghadapi Atalanta kelak."

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen