HOFFENHEIM 2 BORUSSIA DORTMUND 2

Thomas Tuchel memuji Borussia Dortmund selepas mereka mencatatkan keputusan seri 2-2 dalam perlawanan yang sengit ketika menentang Hoffenheim dalam aksi Bundesliga, malam tadi.


Dortmund menerima tamparan awal apabila Mark Uth membuka tirai jaringan selepas hanya tiga minit perlawanan, tetapi Mario Gotze berjaya menyamakan kedudukan tidak lama kemudian.

Sandro Wagner kemudian kembali meletakkan Hoffenheim di hadapan sebelum penderitaan Dortmund bertambah parah apabila Marco Reus dibuang padang kerana menerima kad kuning kedua.

Pierre-Emerick Abameyang menyelamatkan pasukannya apabila menjaringkan gol penyamaan selepas rehat, sekali gus menyaksikan ia merupakan gol ke-100 untuk kelab itu.

Nasib malang Dortmund belum berakhir apabila mereka kehilangan Ousmane Dembele ekoran kecederaan dan penyerang itu diusung keluar berikutan perlanggaran dengan Benjamin Hubner.

Kecederaan yang dialaminya tidak terlalu serius, dan Tuchel cepat memberikan pujian kepada pasukannya selepas mereka berjaya untuk menguruskan malam serba malang mereka dengan baik.

"Kami sedar ia akan menjadi lawan yang sangat sukar," Tuchel kepada pemberita.

"Dan segala yang tidak kena terjadi kepada kami. Jelas sekali saya bercakap tentang apa yang berlaku sebelum kedudukan 2-1 dan kad kuning kedua Reus.

"Kemudian kemasukan Dembele juga tidak menjadi buat kami. Dia mengalami beberapa lebam yang teruk selepas mengalami hentakan pada lututnya.

"Hal itu membuat keadaan kami yang sedia rumit menjadi bertambah rumit. Tetapi kami bertindak balas kepada semua yang berlaku dengan cara yang luar biasa. Pada pendapat saya, kami berhak untuk mendapat keputusan seri selepas mengalami nasib yang malang.

"Kami melakukan percubaan lebih daripada Hoffenheim. Kami berazam pada separuh masa bahawa kami tidak akan pulang tanpa sekurang-kurangnya satu mata.

"Kami mahu memberikan segala-galanya untuk berjuang sekurang-kurangnya mencatat keputusan seri dan saya berfikir bahawa ia sangat jelas untuk semua orang saksikan. Pasukan kami berhak untuk mendapat pujian yang besar untuk usaha itu."