Tomori mahu tuntut ilmu bersama Maldini

Oleh Ammar Hakim 25 Januari 2021 92
Tomori mahu tuntut ilmu bersama Maldini
Fikayo Tomori bersemangat untuk belajar sebanyak mungkin dari pemain pertahanan legenda Paolo Maldini setelah bergabung dengan Milan dari Chelsea.

Pemain berusia 23 tahun minggu ini menyelesaikan pertukaran ke Milan pada perjanjian pinjaman awal hingga akhir musim dengan pilihan untuk menjadikan langkah itu kekal.

Tomori bergelut mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama di bawah kendalian Frank Lampard di Stamford Bridge, sekadar beraksi sekali dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Tetapi pertahan tengah itu berpeluang untuk memulakan semula kariernya di San Siro, di mana dia berharap untuk mengikut jejak langkah legenda kelab, Maldini.

Pemenang Piala Eropah lima kali Maldini kini bertindak selaku pengarah teknikal Milandan Tomori berkata dia tidak meolak untuk bergandingan bersama salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman.

"Saya memilih untuk datang ke sini ke Milan kerana ia adalah kelab yang mempunyai sejarah yang hebat, dengan pemain hebat dan jelas kelab ini berada di saat yang baik sekarang," katanya.

"Ini adalah peluang yang tidak dapat saya tolak. Ia adalah penghormatan besar untuk saya berada di sini. Semasa pertama kali mendapat panggilan, saya agak… saya tidak mengatakan keliru, tetapi saya terkejut.
   

"Saya bercakap dengan Paolo Maldini. Pemain pertahanan terbaik yang pernah bermain bola sepak bercakap dengan saya dan meminta saya datang, jadi daripada situ saya mengetahui di sinilah saya mahu datang dan bermain bola sepak dan belajar daripadanya." "Ketika saya muda, saya mahu bermain sebagai penyerang atau pemain tengah, Kaka merupakans seorang pemain yang gemari, sama juga dengan [Clarence] Seedorf. "Dapat menyarung jersi ini adalah satu kebangsaan dan jika saya memiliki kejayaan seperti kelab ini, saya akan menikmati waktu yang terbaik di sini."

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen