Antonio Conte meratapi sentuhan penyudah Inter yang mengecewakan selepas terlepas peluang untuk menang ketika seri 2-2 dengan Parma semalam.

Di sebalik melakukan 25 percubaan ke atas lawan emreka sepanjang 90 minit di San Siro, The Nerazzurri memerlukan jaringan penyamaan pada minit ke-92 daripada Ivan Perisic untuk berkongsi mata.

Pemain kebangsaan Croatian itu menyertai rakan senegara, Marcelo Brozovic, dalam senarai penjaring, menafikan jaringan kedua Gervinho untuk berkongsi mata untuk Inter, di mana tanpa khidmat Romelu Lukaku dan Alexis Sanchez.



Dan Conte tidak mengeluh di atas usaha pemainnya, cuma kurang senang dengan sentuhan penyudah pasukan.

"Ini bukan peralwanan pertama yang kami kuasai dan hampir kalah. Sekiranya anda tidak menjaringkan gol dalam bola sepak, anda tidak akan menang," katanya Sky Sport Italia.


"Sekali lagi, kami kehilangan banyak peluang, kami melakukan banyak kesilapan, dan itu tidak bagus. Kita memerlukan tekad dan ketelitian. Itulah yang dilakukan Parma, kerana mereka menjaringkan dua gol dengan dua peluang.

"Melihat perkara ini bukanlah kali ini pertama ia berlaku, kita perlu melihat diri kita sendiri dan meningkatkan semangat untuk memanfaatkan sepenuhnya peluang kami, jika tidak, kita membayar harganya dan hari ini kita menghadapi akibat kesilapan tersebut.

"Kami mencipta peluang, tetapi sentuhan penyudah adalah masalahnya. Ini bukan hanya mengenai penyerang, tetapi juga untuk pemain pertahanan dan pemain tengah.

"Menyerang melibatkan banyak pemain, tetapi untuk kesekian kalinya, kami tidak tepat atau cukup tekad ketika kami masuk ke kedudukan menjaringkan gol.

“Ia amat mengecewakan, kerana saya tidak dapat meminta lebih banyak dari segi usaha daripada para pemain. Parma mempamerkan aksi yang kemas -- mereka meledak dua menerusi dua peluang yang dihasilkan."