TAL: Real Chukai teruskan rentak kemenangan

Oleh Tengku Danish Bahri 21 November 2018 162
TAL: Real Chukai teruskan rentak kemenangan
Juara bertahan, Real Chukai, mengesahkan slot ke pusingan kalah mati Piala Liga Amatur Terengganu (TAL) selepas menumpaskan Gemuda FC 3-0, dengan saingan liga TAL yang kini menuju ke penghujung.

Berbaki satu perlawanan, pasukan berpengkalan di Kemaman itu berkongsi 17 mata dengan pendahulu, Majlis Daerah Besut (MDB), yang berpesta gol 8-1 mengatasi Kebilal FC dalam aksi berasingan.

Di kedudukan ketiga dengan 14 mata ialah Island FC, yang terikat 0-0 dengan pasukan di kedudukan ketujuh, Persatuan Bola Sepak Melayu Terengganu (PBSMT) Lanjerket.

Turut meneruskan rentak kemenangan ialah FC Pemanis, sekali gus melonjak ke tangga keempat Liga Super TAL selepas mengumpul 13 mata susulan kemenangan 3-1 ke atas BTK FC.

Sementara itu dalam saingan Liga Perdana, aksi tumpuan DSPEX FC dengan pasukan di kedudukan ketiga, Akademi Terengganu (ATFC), berpihak kepada pendahulu liga itu dengan jaringan 1-0.

Mengekori rapat di tangga kedua, Markless ST, dengan 18 mata, yang mengalahkan Delima Warriors, 2-1. 

Turut meraih kemenangan ialah Raja Permin FC apabila mengatasi TDTD FC 1-0.

Kredit foto: Liga Amatur Terengganu (TAL)

Tentang Penulis

Tengku Danish Bahri

Komen