TAL: Besut United tambah tekanan, Kerteh FC makin selesa

Oleh Tengku Danish Bahri 16 Disember 2019 671
TAL: Besut United tambah tekanan, Kerteh FC makin selesa
Besut United mengekori rapat pendahulu Liga Amatur Terengganu (TAL), Persatuan Bolasepak Melayu Terengganu (PBSMT), selepas mengalahkan BTK Jaya FC 2-0 dalam aksi minggu ketujuh kelmarin.

Kemenangan ketiga berturut-turut itu membolehkan Besut United mengutip 14 mata daripada enam perlawanan, satu mata di belakang PBSMT yang berkelebihan satu perlawanan.

Nasib berbeza pula dialami pasukan tangga ketiga, Real Chukai, yang terlepas peluang apabila tumpas 1-3 kepada Markless ST.

Berbaki dua perlawanan, Real Chukai mengumpul 12 mata manakala Markless ST dengan 10 mata di kedudukan keempat.

Sementara itu, dalam saingan Liga Premier, Kerteh FC mengukuhkan cengkaman di persada liga selepas menang 2-1 ke atas CK Bintang Muda.

Skuad The Oilers itu memungut 13 mata, empat mata meninggalkan Hulu Fighters di tangga kedua yang mencatat kemenangan tipis 1-0 mengatasi Nor Farhan FC.

Kredit foto: Liga Amatur Terengganu (TAL)

Tentang Penulis

Tengku Danish Bahri

Komen