Marc-Andre ter Stegen gembira dengan persembahannya ketika membantu Barcelona mara ke final Supercopa de Espana.

Skuad kendalian Ronald Koeman menang 3-2 secara penalti selepas seri 1-1 dengan La Real dalam separuh akhir pertama di Cordoba.

Jaringan Mikel Oyarzabal menafikan jaringan pembukaan Frenkie de Jong dalam waktu biasa.

Ter Stegen menampilkan aksi cemerlang apabila perlu menafikan enam percubaan dalam tempoh 120 minit antaranya menggagalkan percubaan Alexander Isak dan Joseba Zaldua.

Pemain kebangsaan Jerman itu menafikan dua percubaan pertama Sociedad sebelum memastikan pasukan ke final

"Saya sangat gembira tetapi saya berasakan mampu menampan lebih lagi penalti pasukan lawan," katanya.


"Real Sociedad lawan yang sukar, kami berhak menang. Saya sentiasa cuba berada di tahap terbaik. Kami perlu menang perlawanan ini, saya sangat gembira kerana dapat membantu pasukan.

"Dalam 25 minit pertama, mereka memberikan tekanan dan menyukarkan kami. Tetapi perlahan demi perlahan kami menemui ruang.

"Mereka mula penat dan kami berjaya mendominasi permainan."