Sukar buat Ronaldo, Dybala cetus gandingan terbaik -- Sarri

Oleh Nafis Abdullah 11 Jun 2020 320
Sukar buat Ronaldo, Dybala cetus gandingan terbaik -- Sarri
Sukar untuk membuatkan Cristiano Ronaldo dan Paulo Dybala mempamerkan aksi terbaik dalam satu pasukan, kata pengurus Juventus, Maurizio Sarri.

Susulan kehadiran pemenang lima kali Ballon d'Or, ROnaldo, Dybala menyaksikan prestasinya merudum bersama The Bianconeri bagi musim 2018-19.

Daripada meledakkan 26 gol keseluruhan dalam kempen sebelum itu, dia hanya mencatat 10 jaringan sehingga dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United.

Pemain Argentina itu masih belum mencapai aksi terbaik di bawah bimbingan Sarri tatkala Ronaldo telah menyumbat 21 gol di pentas Serie A dalam kempen keduanya.

Sarri mengakui sukar untuk Juve mendapatkan keberkesanan apabila kedua-dua pemain itu diturunkan tetapi tekad untuk mengatasi cabaran itu.

"Dybala adalah pemain hebat. Namun, sukar untuk mendapatkan sentuhan terbaiknya serta Ronaldo apabila kedua-duanya beraksi bersama," katanya.

"bagaimanapun, apabila dua pemain dengan kualiti seperti itu beraksi, seluruh skuad perlu menyesuaikan diri ketika menyerang dan bertahan.

"Terdapat risiko di mana kawasan penalti lawan tampak kosong tetapi masalah ini biasa berlaku."

Miralem Pjanic turut bergelut dengan prestasi tatkala Barcelona dilaporkan berminat dengan khidmatnya.

Sarri berpendapat Pjanic kekurangan keyakinan diri tetapi mempertahankan pemain Bosnia-Herzegovina itu untuk kembali mendapatkan sentuhan.

"Saya bercakap dengan Pjanic, dia pemain hebat dan tidak mampu terus beraksi dalam empat atau lima perlawanan dalam keadaan prestasi merosot seperti yang berlaku kebelakangan ini," tambah Sarri.

"Dia bersetuju dengan saya dan pada mulanya bergelut untuk memberikan reaksi tetapi dia harus yakin bahawa dia seorang pemain yang bagus.

"Dia boleh menghadapi satu kesilapan dalam satu perlawanan tetapi perlu bangkit. Ia satu perjalanan yang positif untuknya dan pasti mampu kembali ke tahap terbaik."

Tentang Penulis

Nafis Abdullah

Komen