Suarez kini penjaring ketiga terbanyak Barcelona

Oleh Ammar Hakim 9 Julai 2020 269
Suarez kini penjaring ketiga terbanyak Barcelona
Bintang Barcelona, Luis Suarez, melepasi Ladislau Kubala untuk menghuni tangga ketiga selaku penjaring gol terbanyak sepanjang zaman.

Suarez melintasi Kubala dengan jaringan ke-195 daripada 278 penampilan ketika meraih kemenangan 1-0 ke atas Espanyol.

Pemain berusia 33 tahun itu memecah kebuntuan pada minit ke-56 untuk membantu Barca mengekori rapat Real Madrid dalam persaingan takhta liga sementara menyingkirkan Espanyol.

Suarez telah mengatasi rekod 184 gol yang dihasilkan oleh Josep Samitier Oktober lalu, dengan dua pemain di atasnya -- kapten pasukan Lionel Messi (630) dan Cesar (232).

Sejak berhijrah dari gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) Liverpool pada 2014, Suarez cemerlang dan melakukan 97 bantuan jaringan untuk Barca.

Suarez telah memenangi empat gelaran LaLiga, Liga Juara-Juara, Piala Super UEFA dan Piala Dunia Kelab.

 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen