Luis Suarez menegaskan Barcelona patut menyalahkan diri sendiri kerana tersungkur dalam pemburuan mahkota LaLiga sambil mengatakan adalah mustahil untuk memenangi gelaran itu.

Dengan baki dua perlawanan liga, Barca ketinggalan empat mata di belakang pendahulu, Real Madrid.

Pasukan kendalian Quique Setien itu mengejar kejuaraan tetapi telah keciciran mata dalam tiga daripada tujuh perlawanan terakhir mereka.

Suarez menganggap skuad dari Catalunya itu perlu bertanggungjawab kerana membiarkan trofi liga terlepas dan mengakui adalah sukar untuk memenanginya -- biarpun seteru dari ibu kota Sepanyol itu belum secara rasmi ditabalkan sebagai juara.

"Dalam liga, anda harus bersikap kritikal terhadap diri sendiri -- kami melarikan diri (daripada kenyataan)," katanya kepada Mundo Deportivo.

"Kami sedar bahawa kami perlu bergantung kepada diri sendiri dan tidak mencari sebarang alasan. Kami berjuang demi kebanggaan dan prestij Barca, kami harus memenangi baki dua perlawanan, kemudian beri fokus sepenuhnya kepada satu-satunya gelaran yang boleh kami pertaruhkan, iaitu Liga Juara-Juara (UCL).

"Jika kami tampil di tahap mengapa kami berada di kelab ini, kami mampu menghadapi mana-mana lawan sekalipun. Kegagalan dalam kejohanan boleh menjadi harga yang mahal (untuk ditanggung), jadi kami perlu berwaspada dan kami memerlukan semua orang untuk menjulang UCL."



Sungguhpun Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu, dan pemain pertahanan, Gerard Pique, muncul antara yang mempersoalkan penggunaan video bantuan pengadil (VAR) setelah beberapa keputusan yang diragui seperti membabitkan Real Madrid dalam beberapa perlawanan baru-baru ini.

Namun, Suarez menolak untuk menggunakannya sebagai alasan sebaliknya meratapi keputusan seri dengan Sevilla, Celta Vigo dan Atletico Madrid.

"Sudah tentu kami sudah dijangka akan menghadapi tugas sukar ketika menghadapi Sevilla, yang merupakan pencabar yang mampu menggugat kami tetapi di Vigo, ia satu tamparan besar disusuli keputusan menentang Atletico Madrid," kata penyerang itu.

"Meminimumkan perincian VAR kadang-kadang sukar. Ya, Gerard dan presiden telah membuat bantahan mereka di depan umum, tetapi saya berpendapat bahawa kelab-kelab lain juga bergelut dengan perkara-perkara penting, misalnya Athletic Bilbao, Getafe. Mereka lebih terkesan.

"Kali ini bukan saja kami yang rugi dan saya rasa kami tidak seharusnya mencipta banyak alasan. Lebih baik kritik diri sendiri dan hadapi kenyataan."