Raheem Sterling berkemungkinan bergelut untuk tidur selepas gagal menyempurnakan jaringan ketika berdepan Lyon dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara (UCL), menurut Gary Lineker.

Sering kali boleh diharap untuk menyempurnakan jaringan buatManchester City, Sterling terlepas peluang terhidang ketika kelab Ligue 1 mendahului 2-1.

Jaringan penyamaan akan menjadi suasana yang berbeza buat City, tetapi Lyon terus memberikan tekanan sebelum melengkapkan kemenangan 3-1.

Bekas penyerang England, Lineker, kini bertindak sebagai penyampai TV bersama BT Sport, berkata Sterling salah melakukan teknik hingga gagal untuk menyempurnakan hantaran silang Gabriel Jesus.

"Dia kelihatan berada di kedudukan yang terbaik, tetapi dia tidak akan dapat tidur nyenyak selepas ini," Lineker said.

Dia menjelaskan kesilapan Sterling di saat kritikal itu, "Saya memberitahu kepada anda mengapa dia gagal menjaringkan gol, kerana dia cuba untuk melakukan sepakan terlalu kuat.

"Apabila anda berada dalam posisi di mana dalam kedudukan yang terhidang, anda hanya perlu menampan bola itu."