Skuad Piala Presiden Perak pilih jalan sukar

Oleh Shaiful Shamsudin 4 Oktober 2016 17
 Skuad Piala Presiden Perak pilih jalan sukar
Tewas 3-1 kepada Terengganu T-team dalam pertemuan separuh akhir pertama Piala Presiden di Ipoh semalam, The Bos Gaurus memilih laluan sukar dalam pertembungan kedua di tempat lawan, 12 Oktober nanti.

"Saya tahu tentu sukar tetapi tiada apa yang perlu difikirkan lagi selain mencipta kejutan di Kuala Terengganu", ujar jurulatih Perak, Mohd Sayuddin Mohd Isa.

Tambahnya lagi, "Apa yang penting sekarang ialah meningkatkan kembali keyakinan dan kepercayaan pemain-pemain ketika bertemu di sana (Kuala Terengganu) nanti".

Sementara itu, Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Datuk Seri Puad Mohd Nayan, turut yakin dengan pasukan bimbingan Mohd Sayuddin itu.

"Kalau T-Team boleh jaring tiga gol di sini, saya yakin Perak turut boleh lakukan di sana (Kuala Terengganu).

"Petang ini (semalam) pasukan Perak bermain di bawah prestasi sebenar" ujarnya lagi.

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen