Diego Simeone tidak merungut mengenai penyingkiran Atletico Madrid daripada saingan Liga Juara-Juara (UCL), menegaskan pasukannya telah memberikan yang terbaik tetapi RB Leipzig berhak meraih kemenangan.

Leipzig mengejutkan Atletico dengan kemenangan 2-1 di Lisbon awal pagi tadi selepas jaringan lewat daripada Tyler Adams.

Joao Felix terlebih dahulu menafikan jaringan pembukaan Dani Olmo menerusi sepakan penalti, tetapi Atletico bergelut untuk menembusi kelab Bundesliga itu sehingga kerap membuka ruang buat lawan mencipta peluang.

Simeone memberikan ucapan tahniah kepada Leipzig yang bakal menempuhi aksi separuh akhir berdepan Paris Saint-Germain.

"Kami telah memberikan yang terbaik," katanya kepada Movistar. "Ia sukar buat kami untuk memenangi bola dan mereka sangat pantas.

"Ia merupakan tahun yang sangat panjang, kami telah berehat hampir 60 hari. Kemudian terdapat pula tekanan beraksi dalam saingan UCL. Kami baru sahaja kembali berlatih seminggu yang lalu.

"Kami tidak dapat beraksi seperti yang dimahukan. Saya menggemari Leipzig. Mreka memiliki keazaman, semangat dan segar mencari kejayaan.

"Kami telah memberikan yang terbaik untuk ke suku akhir. Kami tersingkir secara adil dan mengucapkan tahniah kepada lawan."