LEVANTE 0 ATLETICO MADRID 5

Diego Simeone percaya prestasi Atletico Madrid kembali meningkat dan memuji jentera serangannya apabila mempamerkan aksi cemerlang untuk meraih kemenangan 5-0 ke atas Levante.


Atletico mempamerkan aksi cemerlang di Estadi Ciutat de Valencia, yang menyaksikan Kevin Gameiro dan Antoine Griezmann menjaringkan dua gol selepas gol sendiri yang disumbat oleh Rober Pier.

Kemenangan ini merupakan hasil persembahan cemerlang mereka apabila meraih kemenangan 2-0 ke atas Roma manakala seri dengan Real Madrid, minggu lalu.

Atletico, yang menghadapi kesukaran pada permulaan musim ini, kini telah mengelak kekalahan dalam 13 perlawanan liga musim ini -- rekod tanpa kalah terbaik mereka -- dan Simeone memuji peningkatan pasukannya.

"Kami sedang berkembang," katanya.

"Dalam tiga atau empat perlawanan yang lepas, kami dapat menyaksikan peningkatan dalam intensiti, tekanan dan menghasilkan peluang.

"Penyerang-penyerang berada pada tahap terbaik, terutama sekali Griezmann dan Gameiro, tetapi Angel Correa mempamerkan komitmen yang tinggi, sama seperti Fernando Torres.

"Atletico bagaikan memiliki semangat baru, ia memberikan satu lonjakan buat pasukan untuk terus mempamerkan aksi cemerlang," katanya lagi.