Silva lengkapkan perpindahan ke Frankfurt

Oleh Ammar Hakim 11 September 2020 136
Silva lengkapkan perpindahan ke Frankfurt
Andre Silva telah melengkapkan perpindahan secara tetap dari Milan ke Eintracht Frankfurt.

Penyerang Portugal itu menikmati musim lalu sebagai pemain pinjaman bersama kelab Bundesliga itu, menjaringkan 16 gol dalam semua pertandingan.

Pemain berusia 24 tahun itu kini telah menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama Frankfurt, perkara yang menggembirakan pengarah sukankelab, Fredi Bobic.

"Kami telah menyaksikan kemampuan Silva sejak beberapa bulan yang lalu," katanya.

"Ia bukan kebetulan dia merupakan penyerang kedua terbaik dalam Bundesliga selepas saingan bersambung. Dia masih mudah dan seorang penyerang yang fleksibel. Berpotensi untuk menjadi lebih berkualiti.

"Kami yakin mampu membawanya ke tahap lebih tinggi di Frankfurt dan gembira dapat terus bekerjasama dengan penyerang yang berkualiti hingga musim panas 2023."

Silva menyertai Milan dari Porto pada 2017 tetapi sekadar membuat lapan penampilan dalam saingan Serie A.

Dia dipinjamkan ke Sevilla pada musim 2018-19, menjaringkan sembilan gol dalam 27 penampilan saingan LaLiga.
 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen