COSTA RICA 0 SEPANYOL 5

David Silva meledak dua gol dan menghasilkan dua bantuan jaringan ketika membantu Sepanyol meraih kemenangan 5-0 ke atas Costa Rica dalam aksi persahabatan di La Rosaleda, semalam.


Skuad kendalian Julen Lopetegui itu beraksi dengan cemerlang selepas menggunakan peluang untuk mendominasi permainan serta menggunakan kesilapan barisan pertahanan Costa Rica untuk menghasilkan jaringan.

Pada awal permainan, Costa Rica menghasilkan beberapa percubaan tetapi Sepanyol bertindak pantas untuk menguasai permainan, dengan hantaran Jordi Alba berjaya menemui Silva untuk membuka jaringan seawal minit keenam.

Penyerang Chelsea, Alvaro Morata, menggandakan jaringan pada minit ke-23 sebelum melepaskan dua peluang untuk melengkapkan hatrik sebelum tamat separuh masa pertama.

Ketiadaan Morata dalam babak kedua tidak merencatkan asakan Sepanyol apabila aksi cemerlang Silva menghasilkan dua gol buat Sepanyol selepas empat minit perlawanan bersambung.

Andres Iniesta melengkapkan kemenangan Sepanyol bagi meletakkan mereka sebagai pasukan pilihan menghadapi Piala Dunia Russia 2018.