Shivan yakin barisan pertahanan tidak terjejas tanpa Syaiful

Oleh Penulis Jemputan 23 Oktober 2018 283
Shivan yakin barisan pertahanan tidak terjejas tanpa Syaiful
Ketiadaan ketua pasukan, Syaiful Alias, yang berkemungkinan diketepikan ekoran kecederaan buku lali tidak mematahkan semangat skuad  negara menghadapi Tajikistan bagi aksi kedua Kumpulan D, Kejohanan AFC B-19, malam ini.

Rakan segandingan Syaiful, Shivan Pillay Asokan, optimis kekuatan bahagian pertahanan tidak terjejas andai Syaiful tidak disenaraikan dalam kesebelasan utama.

Kekosongan tersebut dijangka akan diisi pemain Piala Presiden UiTM FC, Al-Imran Abdul Halim, yang mempamer prestasi cemerlang dalam beberapa siri persahabatan sebelum ke Bekasi.

"Bagi saya, pemain yang terpilih untuk beraksi perlu memberi komitmen sepenuhnya.

"Setiap pemain perlu bersedia untuk beraksi.

"Kapten kami pasti akan memberikan sokongan dari luar padang andai dia tidak dapat bermain nanti," kata Shivan

Bakal berdepan Tajikistan, Shivan mendapati corak pasukan dari Asia Tengah itu tidak banyak berbeza dengan skuad B-16 mereka yang mara ke final Kejohanan AFC di Kuala Lumpur, bulan lalu.

Dengan mengkaji sepenuhnya permainan lawan, dia dan rakan-rakan ada perancangan tersendiri dalam mengikat pergerakan pemain Tajikistan.

"Daripada aspek permainan, gaya permainan mereka memang seperti itu. Mereka bermain secara fizikal.

"Berdasarkan rakaman video, kami dapati mereka bermain secara fizikal dan kami sudah bersedia menghadapinya.

"Kami akan berusaha untuk memenangi perlawanan ini supaya dapat mencerahkan peluang untuk mara ke pusingan seterusnya nanti," tambah Shivan.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen