Sevilla bakal berdepan barisan terbaik United -- Lopetegui

Oleh Ammar Hakim 16 Ogos 2020 580
Sevilla bakal berdepan barisan terbaik United -- Lopetegui
Julen Lopetegui percaya skuad Manchester United yang bakal dihadapi Sevilla dalam aksi separuh akhir Liga Europa (UEL) merupakan barisan The Red Devils yang terbaik sejak beberapa tahun yang lalu.

United dan Sevilla bakal bertembung di Cologne awal pagi esok untuk bertemu Inter atau Shakhtar Donetsk di final.

Sevilla memasuki aksi ini dengan rekod 19 perlawanan tanpa kalah, ditambah dengan kemenangan ke atas Roma dan Wolves dalam dua aksi sebelum ini, manakala United hanya tewas sekali sejak Januari.

Ketika United gagal menampilkan aksi cemerlang ketika menang 1-0 dalam aksi suku akhir ke atas Copenhagen, memerlukan masa tambahan sebelum menang, Lopetegui menilai tinggi kemampuan skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer.

Sevilla mengejutkan United dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL) ketika dua kali terakhir mereka bertemu, tetapi Lopetegui The Red Devils kini lebih berkualiti.
 
"Ini merupakan barisan terbaik Manchester United sejak beberapa tahun yang lalu, pasukan yang telah menemui jalan, itu sebab mereka tidak pernah tewas lagi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak Januari," katanya.

"Mereka telah menemui ruang untuk barisan pemain-pemain berkualiti yang mereka miliki. Mereka semakin lengkap dan bakal memaksa kami bermain dengan cemerlang.

"Itu yang saya harapkan, aksi separuh akhir yang sukar bagi meningkatkan kemampuan kami."

 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen