Schalke bakal ketiadaan Embolo sehingga penghujung 2016

Oleh Chris Myson 16 Oktober 2016 0
Schalke bakal ketiadaan Embolo sehingga penghujung 2016

Schalke mengesahkan Breel Embolo mengalami kecederaan patah buku lali ketika 1-1 dengan Augsburg dalam aksi Bundesliga.

Pemain kebangsaan Switzerland itu digantikan dengan Klaas-Jan Huntelaar selepas 24 minit setelah Embolo bertembung dengan bek kiri Augsburg, Konstantinos Stafylidis.

Schalke mengesahkan pemain berusia 19 tahun itu telah dimasukkan ke hospital bagi menjalani fasa pemulihan.

Laporan dari Jerman mencadangkan Embolo bakal terlepas aksi buat baki tahun 2016.

Embolo menyertai Schalke dari Basel pada Jun dengan nilai perpindahan sebanyak EURO20 juta. Dia telah meledak dua gol dalam tujuh penampilan musim ini 2016/17.

Tentang Penulis

Chris Myson

Komen