Scaloni: Martinez perlu raih tempat di Barca

Oleh Muzaffar Musa 26 Mei 2020 73
Scaloni: Martinez perlu raih tempat di Barca
Lautaro Martinez perlu merebut tempatnya di Barcelona sekiranya dia meninggalkan Inter, kata ketua jurulatih Argentina, Lionel Scaloni.

Martinez diperkatakan akan berpindah daripada kelab Serie A itu untuk menyertai juara LaLiga, Barca, selepas tamat musim ini susulan prestasi memberangsangnya di Itali.

Penyerang kebangsaan Argentina itu menjaringkan 16 gol daripada 31 penampilan dalam kesemua kejohanan sebelum saingan musim ini direhatkan berikutan pandemik koronavirus.

Scaloni ditanya mengenai masa depan Martinez di sebalik spekulasi perpindahan itu dan pengendali Argentina itu berkata kepada Radio La Red: "Jika Lautaro pergi ke Barcelona, saya fikir jurulatih mereka (Quique Setien) akan melihat cara untuk memulakannya, dia perlu melakukan pengorbanan untuk meraih tempatnya."
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Domingo, seguimos. 🙅‍♂️💪

A post shared by Lautaro Martinez 🇦🇷 (@lautaromartinez) on


"Membawa Lautaro keluar daripada Inter bukan sesuatu yang mudah.... Saya mahu melihat Lautaro beraksi, untuk memperoleh kelangsungan," tambah Scaloni.

"Lautaro mempunyai sesuatu yang dikejarnya bersama rakan sepasukan.

Dia akan menjadi penyerang contoh pada masa akan datang," katanya lagi.

Martinez meninggalkan Racing Club untuk menyertai Inter pada 2018 dan segera menempa nama sebagai salah seorang penyerang terbaik di Eropah.

Dia menjaringkan 25 gol secara keseluruhan sejak menyertai pasukan Serie A itu.

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen