Saya seperti 'Benjamin Button' -- Ibrahimovic

Oleh Ammar Hakim 30 Julai 2020 175
Saya seperti 'Benjamin Button' -- Ibrahimovic
Zlatan Ibrahimovic mendakwa dirinya seperti 'Benjamin Button' selepas mencipta sejarah dengan dua jaringan ketika mengatasi Sampdoria sekaligus pemain veteran itu tidak menunjukkan sebarang petanda bakal mengakhiri karier dalam masa terdekat.

Ibrahimovic kembali ke Milan Januari lalu dan menjadi individu yang berpengaruh buat pasukan untuk mendaki kedudukan liga.

Dalam kemenangan 4-1 ke atas Samp, bekas penyerang Paris Saint-Germain, Barcelona dan Manchester United itu meledak dua gol -- menjadikan 10 gol yang dihasilkan bagi tahun 2020 -- dan satu bantuan jaringan sekaligus menjadikan Milan tidak tewas dalam 12 perlawanan.

Ibrahimovic juga menjadi pemain pertama untuk menjaringkan 50 gol untuk Milan dan Inter dalam saingan Serie A.

Minggu lalu pemain berusia 38 tahun itu memuat naik video dengan berkata, "baru sahaja memanaskan badan" dan mengulanginya selepas perlawanan berdepan Genoa.

"Saya seperti Benjamin Button, saya sentiasa muda, tidak pernah tua," katanya.
   Prestasi Ibrahimovic dan Milan telah membenarkan ketua jurulatih, Stefano Pioli, diberikan kontrak lanjutan untuk kekal di San Siro.

The Rossoneri kelihatan bakal diambil alih oleh Ralf Rangnick, tetapi Ibrahimovic gembira Pioli akan kekal bersama pasukan, walaupun masa depannya masih belum ditentukan.

"Saya boleh katakan satu perkara positif, saya sangat gembira buat Pioli yang berjaya cemerlang bersama Milan.

"Dia bertugas di bawah tekanan tanpa mengetahui masa depannya. Dia telah melakukan yang terbaik dan berhak meraih pujian."

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen