Stefano Pioli mahu Ivan Perisic terus menjaringkan gol untuk Inter Milan menjelang pertemuan dengan Sassuolo, esok.

Pemain antarabangsa Croatia telah menjaringkan empat gol dalam 15 penampilan di Serie A musim ini dan Pioli berharap penyerang serba boleh itu akan menambah jaringannya pada perlawanan esok, dengan Inter kini dalam misi untuk mencari kemenangan ketiga berturut-turut dalam semua pertandingan.

"Kemenangan memberikan keyakinan dan apa yang penting sekarang ialah apa yang kami lakukan esok," kata Pioli.

"Kami mempunyai peluang untuk mendapatkan tiga mata dan ia akan menjadi satu hujung minggu penting dari segi pendakian kami untuk berada di tangga atas liga.

"Ini adalah Inter dan kami mesti sentiasa berfikir tentang kemenangan. Perlawanan esok adalah sangat penting kerana kami boleh menjadikannya tiga kemenangan berturut-turut.

"Saya menjangkakan sesuatu yang daripada Perisic kerana dia mempunyai potensi besar. Saya sedang melihatnya.

"Kami perlu menghidupkan keseluruhan perlawaan ketika bertemu Sassuolo. Masih terdapat beberapa perlawanan yang boleh memberikan mata, tetapi kami perlu menggunakan setiap peluang yang ada."