Maurizio Sarri bertekad untuk mendapatkan prestasi terbaik daripada Gonzalo Higuain, walaupun itu terpaksa memberikan pendekatan yang lebih keras kepadanya

Higuain, 32, telah menjaringkan enam gol dalam 26 penampilan Serie A untuk Juve musim ini, baru-baru ini menjaringkan gol ketika meraih kemenangan 4-0 ke atas Lecce bulan lalu.

Bekas penyerang Real Madrid, yang juga pernah bekerja di bawah kendalian Sarri di Napoli dan Chelsea, hadir sebagai pemain gantian ketika berdepan Torino dan Genoa, yang kali terakhir memulakan pertandingan Mac lalu sebelum penangguhan saingan ekoran koronavirus.

Menjelang pertembungan awal pagi esok dengan Milan, salah satu bekas kelab Higuain, Sarri mengakui dia kadang-kadang harus mengambil pendekatan agresif untuk mendapatkan yang terbaik daripada Higuain.

"Saya selalu membaca bahawa saya bertengkar dengan semua orang, sedangkan sebenarnya satu-satunya orang yang saya lawan adalah Higuain," kata Sarri.

"Saya tidak tahu mengapa demikian, tetapi selalu terjadi. Mungkin kerana dia memerlukan lawan yang agak agresif untuk menunjukkan yang terbaik dalam dirinya."
"Dia perlu dimanjakan satu hari dan dipukul pada keesokan harinya! Ketika dia berasa sedih, dia perlu merawat.

"Ketika dia berada di tahap tertinggi, dia harus diturunkan supaya enggan terlalu terbawa-bawa."

Milan memberikan lonjakan besar buat Juve dalam usaha merebut gelaran Scudetto musim ini apabila mengatasi Lazio dalam aksi terdahulu, memberikan kelebihan tujuh mata buat Juve di puncak Serie A, tetapi Sarri tidak mengharapkan bantuan daripada Rossoneri.

"Esok adalah perlawanan yang sukar bagi kami," kata Sarri. "Milan berada dalam keadaan fizikal dan mental yang hebat dan bermain di tahap tinggi.

"Pada saat seperti ini, aspek mental amat penting dan kesalahan boleh menghukum kami. Pemain-pemain mengetahuinya ia adalah aksi yang sukar, jadi mereka tidak boleh kehilangan fokus."