SAGA: Kinabatangan menang ibu segala pingat

Oleh Willie Jude 15 Disember 2017 769
SAGA: Kinabatangan menang ibu segala pingat
Kinabatangan muncul juara acara bola sepak untuk memenangi ibu segala pingat dalam Sukan Sabah (SAGA) 2017 selepas menewaskan Kota Kinabalu 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti dalam aksi final, petang tadi.

Perlawanan itu menyaksikan Kinabatangan mendahului menerusi jaringan Mohd Arizman Jainul pada minit ke-35.

Ketika kejuaraan seakan-akan lebih awal menjadi milik Kinabatangan, pemain Kota Kinabalu, Ramli Jamrih, menyamakan kedudukan pada masa kecederaan dan perlawanan terpaksa diheret ke masa tambahan.

Masa tambahan pula menyaksikan kedua-dua pasukan gagal menghasilkan sebarang gol sehingga penentuan juara terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti yang kesudahannya dimenangi Kinabatangan.

Kejayaan merangkul pingat emas bola sepak itu adalah yang pertama buat Kinabatangan sejak SAGA dianjurkan.

Terdahulu, pingat gangsa dimenangi Nabawan yang menewaskan Tuaran 2-0 dalam penentuan tempat ketiga dan keempat.

Lain-lain keputusan hari ini (pemenang pingat emas)

Bola keranjang
Lelaki : Tawau

Bola tampar
Lelaki : Semporna
Wanita : Kota Belud

Berbasikal
Ujian masa berpasukan wanita : Keningau
Ujian masa berpasukan lelaki : Papar

Tinju
49kg : Mohd Alif Fauzee Labon (Keningau)
52kg :  William Peter (Keningau)
56kg : Shahril Baharim (Sandakan)
60kg : Akmal Aizat Ikbal (Papar)
64kg : Johari Daniel Gary (Kota Kinabalu)
69kg : Mohd Jasrin Chong (Sandakan)

Badminton
Beregu lelaki : Tawau
beregu wanita : Kota Kinabalu
Beregu campuran : Tawau
 

Tentang Penulis

 Willie Jude

Komen