Safawi Rasid secara rasminya bergelar pemain Portimonense player semalam selepas berhijrah dari Johor Darul Ta'zim (JDT).

Pemai sayap skuad Malaysia itu, yang bakal menyarung jersi nombor 29, menyertai kelab Portugal itu secara pinjaman sepanjang musim dengan pilihan untuk membelinya pada penghujung musim.



"Saya akan cuba yang terbaik untuk Portimonense dan tidak sabar untuk beraksi bersama pasukan. Saya berharap [sepanjang bersama kelab di sini], saya akan memberikan yang sesuatu kepada kelab.

"Saya mahu membuktikan kemampuan dan menjadi pemain seperti [Bruno] Tabata dan Shoya Nakajima," katanya ketika sidang media.

Safawi berkemungkinan membuat penampilan sulung berdepan Maritimo, kelab yang dibarisi salah seorang pemain Asia Tenggara, Faiq Jefri Bolkiah, apa saingan bersambung selepas tamat perlawanan antarabangsa.