Danny Rose dan Alex McCarthy menarik diri daripada skuad England untuk aksi Liga Negara-Negara UEFA berdepan Croatia dan Sepanyol selepas mengalami kecederaan ringan.

Gandingan itu terlepas sesi latihan pada Selasa dan Rabu lalu -- England membuat pengesahan kedua-dua pemain itu akan kembali bersama kelab selepas ini.

Rose bergelut dengan kecederaan pangkal paha dan kecederaan McCarthy tidak didedahkan.

Pertahanan Leicester City, Ben Chilwell, berkemungkinan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Rose selepas pemain Manchester United itu terlebih dahulu tidak bersama The Three Lions.

England akan berkunjung ke Croatia esok sebelum berdepan Sepanyol -- yang menewaskan skuad kendalian Gareth Southgate itu bulan lalu -- pada Isnin ini.