Ronaldo tidak mampu dihentikan -- Kulusevski

Oleh Ammar Hakim 13 Oktober 2020 4878
Ronaldo tidak mampu dihentikan -- Kulusevski
Dejan Kulusevski menegaskan Cristiano Ronaldo tidak boleh dihalang ketika dua pemain Juventus itu bertemu dalam perlawanan Liga Negara-Negara antara Portugal dan Sweden.

Ronaldo dan Portugal menerima kunjungan Kulusevski dan Sweden di Lisbon untuk aksi Liga A, pertembungan Kumpulan 3.

Pemenang Ballon d'Or lima kali, Ronaldo, meledak dua gol ketika Portugal mengatasi Sweden 2-0 September lalu.

Bintang Sweden, Kulusevski -- yang bergandingan bersama Ronaldo dengan juara Serie A Juve -- teruja dengan perlawanan bertemu kapten Portugal itu.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Unidos dentro e fora do campo! 🇵🇹👏🏽👊🏽 #todosportugal

A post shared by Cristiano Ronaldo (@cristiano) on



"Tiada siapa yang boleh menghalangnya. Jika dia memiliki hari yang baik, dia akan memutuskan sebarang keputusan," katanya.

"Kami gagal menghalangnya dalam perlawanan sebelum ini, tetapi kami akan meraih peluang itu awal pagi esok.

"Saya tidak tahu cara yang terbaik, tetapi kami perlu bermain agresif dan membuatkan Ronaldo kecewa."

Portugal mendahului Kumpulan 3 -- mendahului Perancis dengan perbezaan jaringan -- dengan tujuh mata selepas tiga perlawanan.

Skuad kendalian Fernando Santos itu tidak tewas dalam aenam perlawanan sejak mengatasi Ukraine 2-1 Oktober tahun lalu.

Sweden tercorot selepas tiga kekalahan, kali terakhir 2-1 kepada Croatia.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen