ATLETICO MADRID 0 REAL MADRID 3

Cristiano Ronaldo muncul penjaring terbanyak dalam sejarah perlawanan 'derby' Madrid apabila menjaringkan hatrik ketika menentang Atletico Madrid, malam tadi.


Pemain berusia 31 tahun itu menjaringkan gol menerusi sepakan percuma, untuk meletakkan Madrid di hadapan pada pertengahan babak pertama.

Dia seterusnya memastikan Madrid berada di kedudukan selesa dengan sepakan penalti dan mudah menjaringkan bola hantaran silang Gareth Bale selepas bersambung babak kedua.

Ronaldo kini telah meledak 18 gol bertemu musuh setempat Madrid, memintas legenda, Alfredo Di Stefano.

201116RealMadrid









Perlawanan tersebut merupakan aksi paling mengecewakan buat penjaga gol Atleti, Jan Oblak, apabila melepaskan tiga gol dalam perlawanan liga buat kali pertama sejak berpindah ke kelab tersebut dari Benfica pada 2014.

Kemenangan itu juga meletakkan Madrid di tangga teratas LaLiga, empat mata dibezakan dengan Barcelona yang berada di kedudukan kedua, dan sembilan mata di hadapan Atletico, yang telah tewas tiga daripada lima perlawanan dalam LaLiga.