Ronaldo ledak gol ke-100 dalam kejohanan Eropah

Oleh Staff Writer 13 April 2017 987
Ronaldo ledak gol ke-100 dalam kejohanan Eropah
Cristiano Ronaldo melakar satu lagi sejarah baru apabila dua gol dijaringkannya dalam kemenangan 2-1 ke atas Bayern Munich menjadikan bintang Real Madrid itu pemain pertama untuk meledak 100 gol di pentas kejohanan Eropah.

Penjaring terbanyak dalam Liga Juara-Juara Eropah, dua gol Ronaldo dalam suku akhir pertama membantu Los Blancos bangkit daripada ketinggalan, sekaligus membawa bekalan selesa menjelang aksi kedua di Santiago Bernabeu.

Pemain berusia 31 tahun itu melakukan penyudah kemas selepas menerima hantaran Dani Carvajal sebelum meledak gol kedua perlawanan selepas berjaya menemui hantaran Marco Asensio.

Kapten Portugal itu meledak sepakan penalti kemenangan dalam final Liga Juara-Juara berdepan Atletico Madrid musim lalu, dan usahanya kali ini meletakkan skuad kendalian Zinedine Zidane dalam landasan tepat untuk meraih kejuaraan ke-12.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen