Ronaldinho dibebaskan

Oleh Ammar Hakim 25 Ogos 2020 483
Ronaldinho dibebaskan
Bekas bintang Barcelona dan Brazil, Ronaldinho, telah dilepaskan daripada tahanan di Paraguay setelah hampir lima bulan.

Ronaldinho dan abangnya, Roberto Assis, telah dipenjara Mac lalu selepas memasuki negara itu dengan menggunakan passport palsu.

Mereka kemudian dipindahkan kepada tahanan rumah di hotel Paraguay April lalu selepas berada di dalam penjara selama 32 hari.

Ronaldinho, antara tonggak ketika Brazil bergelar juara dunia 2002, dan abangnya telah dilepaskan daripada tahanan rumah semalam.

Ronaldinho perlu membayar denda sebanyak ASD90,000, abangnya pula didenda ASD110,000, sementara syarat perjalanan dikenakan kepada kedua-duanya.

Bekas penyerang Barcelona, Paris Saint-Germain dan Milan itu telah memenangi 97 kaps untuk Brazil di antara 1999 dan 2013, menjaringkan 33 gol.

Ronaldinho turut memenangi Ballon d'Or pada 2005.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen