Pemain remaja Mallorca, Luka Romero, menjelaskan dia terganggu dengan perbandingan dengan bintang Barcelona, Lionel Messi.

Romero, 15, pemain termuda yang membuat penampilan dalam saingan LaLiga ketika beraksi sebagai pemain gantian berdepan Real Madrid bulan lalu.

Pemain skuad remaja Argentina itu kerap kali dibandingkan dengan Messi, tetapi peyerang itu menjelaskan ia membuatkan dirinya kurang selesa.

"Ia mengganggu saya kerana hanya ada seorang Messi," kata Romero kepada Fox Sports.

"Saya mahu mencipta nama sendiri dalam bola sepak sebagai Luka Romero."

Romero layak untuk beraksi untuk skuad kebangsaan Argentina, Mexico dan Sepanyol.

Tetapi Romero mengetahui negara mana yang mahu diwakilinya, dengan berkata, "Saya boleh pilih, tetapi jika Argentina menggemari saya, saya akan terus beraksi bersama mereka.

"Jika boleh, saya mahu berkhidmat bersama skuad Argentina."