Cristiano Ronaldo adalah 'mesin pengorbanan' yang seharusnya tidak dibenarkan meninggalkan Real Madrid, menurut ketua jurulatih Shakhtar Donetsk, Luis Castro.

Pemenang Ballon d'Or lima kali itu menjaringkan 450 gol untuk Real dan memenangi beberapa lagi trofi sepanjang sembilan tahun di bumi Sepanyol.

Dia meninggalkan kelab untuk menyertai Juventus pada Julai 2018 dan kekal dengan aksi cemerlang apabila meledak 68 gol dalam semua pertandingan, membantu pasukannya untuk meraih gelaran Serie A dua kali berturut-turut.

Ia termasuk jumlah keseluruhan 69 gol dan assist dan saingan liga sejak bermulanya musim 2018-19 -- dua lebih baik berbanding pemain Lazrio, Ciro Immobile.

Menjelang aksi pembukaan Liga Juara-Juara (UCL) Shakhtar dalam Kumpulan B bertemu Real awal pagi Khamis ini, Castro mempersoalkan keputusan gergasi LaLiga itu untuk melepaskan penyerang berkaliber itu.

"Apabila anda mempunyai Cristiano dalam pasukan anda, anda tidak boleh melepaskannya," katanya kepada Marca.

"Kami bercakap mengenai pemain terbaik, paling berkesan di dunia, mesin, mesin pengorbanan."


Ronaldo diangkat sebagai pemain terbaik dunia empat kali di Real dan sekali ketika bersama Manchester United, di mana dia menikmati enam musim selepas berhijrah dari Sporting CP.

Dan Castro berpendapat pemain antarabangsa Portugal itu telah melakukan secukupnya untuk dianggap sebagai pemain terhebat yang pernah bermain bola sepak.

"Saya tidak suka membandingkan. Tetapi ya, bagi saya dia adalah yang terbaik. Cristiano mempunyai kisah di belakangnya yang boleh dicontohi.

"Dia berpindah pada usia 11 tahun ke Lisbon untuk menjadi pemain bola sepak, meninggalkan rumahnya. Cristiano adalah seseorang yang bangkit sendiri, dengan keazaman yang unik."