Ejen kepada Vincent Thill mendakwa Real Madrid dan Bayern Munich sedang berebut untuk mendapatkan khidmat pemain muda berbakat itu.

Bayern dilaporkan telah membuat bidaan untuk membawa pemain berusia 16 tahun itu ke Allianz Arena hujung musim lalu manakala Zinedine Zidane didakwa telah menghubungi pemain itu secara peribadi untuk menawarkan tempat di Real Madrid.

"Bayern berpendapat Metz berminat untuk melepaskan pemain itu, namun perpindahan tersebut tidak berlaku atas faktor kewangan," kata Didier Philippe kepada Footmercato.

"Tetapi saya juga berasakan penting untuk Thill menandatangani kontrak profesional pertamanya bersama Metz.

"Saya mengesahkan di sini bahawa Real Madrid mengekori rapat perkembangan pemain itu, namun saya tidak pasti sama ada betul atau tidak Zidane ada menghubunginya.

"Bagaimanapun, hanya dua pasukan ini yang menunjukkan minat terhadap Thill. Bukan setiap hari kamu dapat melihat pemain berusia 16 tahun beraksi dalam Ligue 1.

"Dia berbakat besar dan memiliki kaki kiri yang berbahaya. Dia mampu melakukan sesuatu di luar jangkaan."

Thill membuat penampilan pertamanya bersama Metz ketika pasukannya tewas 3-0 kepada Bordeaux bulan lalu dan telah pun membuat penampilan senior di pentas antarabangsa bersama Luxembourg.