Real Madrid berdepan ranjau pertama jinakkan Real Sociedad 

Oleh Shaiful Shamsudin 1 September 2020 1741
Real Madrid berdepan ranjau pertama jinakkan Real Sociedad 
Misi Real Madrid mempertahankan gelaran LaLiga mungkin tertangguh tetapi mereka tidak perlu menunggu lama untuk menghadapi seteru ketat dalam 'El Clasico'.

Los Blancos memintas kedudukan Barcelona untuk menjuarai LaLiga sejurus musim 2019-20 yang dihimpit wabak COVID-19 bersambung semula Jun lalu. 

Berikutan penglibatan mereka dalam Liga Juara-Juara (UCL) pada bulan lalu, perlawanan bertemu Getafe -- sebagai perlawanan pembuka tirai -- tidak akan berlangsung sehingga mereka mendapatkan tarikh sesuai pada Februari atau Mac tahun depan. 

 

Pasukan kendalian Zinedine Zidane itu sebaliknya akan bertandang ke pasukan keenam musim lalu, Real Sociedad, untuk pertembungan pertama yang sukar sementara aksi El Clasico sulung akan berlangsung di Camp Nou sebulan kemudian (26 Oktober), justeru kelab Kota Sepanyol berkenaan memiliki peluang awal untuk menjarakkan diri dengan musuh utama itu yang kini berdepan kemelut bagi perlumbaan gelaran tersebut. 

Aksi pusingan kedua liga di antara Madrid dan anak buah Ronald Koeman itu dijadualkan pada 12 April 2021 dan ia berpotensi menjadi penentu dalam perjuangan merebut kejuaraan.

Langkah hampir serupa ditempuhi pasukan di tangga ketiga musim lalu, Atletico Madrid, apabila hanya akan beraksi dalam perlawanan ketiga bertemu Granada di Wanda Metropolitano ekoran terbabit dalam aksi suku akhir UCL 2020 manakala jadual aksi awal bertemu Levante and Sevilla akan diputuskan kemudian. 

Sementara itu, Barcelona akan membuka lembaran baru di bawah kepimpinan Ronald Koeman bertemu Villarreal ditempat disusuli kunjungan ke Celta Vigo, tiga hari kemudian. 

 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen