REAL MADRID 3 DEPORTIVO LA CORUNA 2

Zinedine Zidane menyifatkan mentaliti yang dimiliki pemain pertahanan, Sergio Ramos, telah berjaya membantu pasukannya menang 3-2 ke atas Deportivo La Coruna dalam aksi LaLiga.

Walaupun Alvaro Morata membuka jaringan pada minit ke-50, Deportivo dilihat berada di landasan yang tepat untuk meraih tiga mata penuh selepas dua gol pantas daripada Joselu.

Namun, Mariano Diaz menyamakan kedudukan enam minit sebelum perlawanan tamat dan Ramos – sekali lagi muncul wira Madrid dengan gol pada minit masa kecederaan -- memastikan mereka merakamkan rekod baru 35 perlawanan tanpa kalah.

"Pemain-pemain saya memiliki tahap kepercayaan yang tinggi," kata Zidane.

"Kami yakin kami mampu melakar sesuatu jika melakukannya bersama-sama.

"Ramos sangat istimewa. Dia adalah kapten kami; nadi kepada pasukan ini. Ramos memiliki keyakinan bahawa dia mampu mengubah keputusan di penghujung perlawanan. Dia sangat menakjubkan."