Pemain tengah, Ivan Rakitic, berkata Barcelona perlu mempamerkan "aksi sempurna" untuk menewaskan Manchester City dalam aksi Liga Juara-Juara.

Juara Sepanyol itu akan membuat persiapan sebelum menerima kunjungan City dengan kemenangan bergaya 4-0 ke atas Deportivo La Coruna dalam aksi LaLiga, awal pagi tadi.

Rakitic mahu pasukannya mengulangi kejayaan ini ketika berdepan skuad kendalian Pep Guardiola.

"Kami bermain dengan sempurna," kata Rakitic.

"Kami akan membuat persiapan untuk berdepan Manchester City sebaik mungkin kerana kami yakin ia akan menjadi satu perlawanan yang sukar."

Rakitic juga memberikan sokongan kepada penyerang, Paco Alcacer, yang masih gagal mencipta sebarang impak di Camp Nou.

Alcacer masih gagal mencipta sebarang jaringan dalam enam penampilan tetapi Rakitic berkata masanya akan tiba.

"Perkara yang penting adalah dia mendapat peluang untuk menjaringkan gol.

"Dia merupakan pemain yang penting buat kami dan kami meletakkan kepercayaan kepadanya."