PSG tidak fikirkan perlawanan dengan Atalanta, kata Verratti

Oleh Muzaffar Musa 31 Julai 2020 83
PSG tidak fikirkan perlawanan dengan Atalanta, kata Verratti
Marco Verratti berkata Paris Saint-Germain (PSG) tidak memikirkan mengenai perlawanan menentang Atalanta dalam Liga Juara-Juara Eropah kerana mereka sedang fokus untuk menghadapi final Coupe de la Ligue.

PSG akan berdepan Atalanta dalam suku akhir satu perlawanan di Lisbon pada 12 Ogos ini selepas mereka menentang seteru Perancis, Lyon, dalam perhitungan akhir Coupe de la Ligue awal pagi esok.

Bintang PSG, Verratti, berasakan pertemuan menentang Lyon di Stade de France perlu menjadi fokus utama juara Ligue 1 itu.

"Kami masih belum memikirkan mengenai perlawanan itu (menentang Atalanta), perlawanan yang lebih penting adalah Jumaat ini," katanya dalam sidang media.

"Kami gembira untuk menentang Lyon, mereka pasukan yang hebat."
 
PSG akan turun tanpa penyerang bintang, Kylian Mbappe, dalam perlawanan menentang Atalanta selepas pemain itu terseliuh pergelangan kaki ketika mereka menewaskan Saint Etienne dalam final Coupe de France minggu lalu.

"Kami memikirkannya ketika menjulang trofi itu tetapi kecederaan adalah sebahagian daripada bola sepak.

"Kami akan merinduinya. Mana-mana pasukan pasti akan merindukan pemain sepertinya," tambahnya.

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen