Kylian Mbappe dan Adrien Rabiot memulakan kemenangan 2-0 Paris Saint-Germain (PSG) ke atas Marseille dari bangku simpanan dan pendekatan itu membuktikan tiada pemain yang lebih penting berbanding kelab itu, kata pemain tengah, Julian Draxler.

Pengurus, Thomas Tuchel, membuat langkah mengejut dengan meminggirkan Mbappe dan Rabiot dalam pertemuan Classique di Stade Velodrome, semalam.

Bintang Perancis, Mbappe, membuka jaringan pada minit ke-65 sebelum Draxler, yang bermula dalam kesebelasan utama untuk bergandingan dengan Marco Verratti di tengah padang, mengesahkan mata penuh pada masa kecederaan.

Selepas perlawanan, Tuchel mengesahkan bahawa kedua-duanya telah diketepikan susulan kelewatan menghadiri mesyuarat pasukan sebelum perlawanan.

"Bermain di Velodrome tidak mudah, kami telah menguasai permainan dan berhak meraih kemenangan," kata pemain antarabangsa Jerman itu kepada L'Equipe.

"Ia perkara di antara pengurus dan dua pemain.

"Pengurus telah membuktikan bahawa kelab lebih penting daripada individu."

PSG mendahului Ligue 1 dengan lapan mata setelah menang kesemua 11 perlawanan musim ini.